• HOME
  • ABOUT US
  • NEWS
  • ARTICLES
  • INTERVIEWS
  • GALLERY
  • CONTACT/LINK
  • THE WORDS OF DAMNATION (REVIEW)
  qalaqas black art webzine

INTERVIEW BERSAMA NOSFERIEL
KUALA TERENGGANU
Kredit kepada Syargoth Satarah untuk interview ini,

Picture



Kata - kata pembuka bicara?
  • Nunth - Infernal Greetings!!

Boleh ceritakan sejarah penubuhan NOSFERIEL ini dan bagaimana band ini bermula?
  • Nunth - NOSFERIEL ditubuhkan di Kuala Terengganu pada tahun 1997 di Kuala Terengganu. Kami start dengan nama Sandraguna... time tuh hanya jamming dengan lagu2 cover sahaja contohnya dr Mayhem, Burzum, Slayer, Venom dan sebagainya.... Line up asal adalah Nunth [vox], Danyel [Drum], UppyrLuz [Guitar] & Ilorsa [Bass].
  • Pd tahun 1999, kami merancang untuk rekod demo yg sepatutnya berjudul "Archduke Sorrowful Sanctuary" di Ku Yie studio... tp disebabkan terlalu banyak masalah yg berkaitan dengan sound tak dapat diatasi, akhirnya kami batalkan sahaja demo itu. Pd time tu line-up kami pun dah start bertukar menjadi Nunth [vox], Danyel [Drum], UppyrLuz [Guitar] , Piorlakh [Guitar] & Amir [bass].
  • Tahun 2002, dengan penuh keazaman dan tekad kami sekali lagi masuk recording di studio yang sama untuk merekodkan sebuah demo yg berjudul "Berserk Prism Spell". Setelah melalui seribu kepayahan dan rintangan akhirnya demo tersebut dapat disiapkan juga. Line up untuk demo ini adalah Nunth [vox/bass], Danyel [Guitar] UppyrLuz [Guitar] & Neoroth [Drum].

Dengar khabarnya NOSFERIEL dikatakan membawa konsep scandinavian black metal..jadi, boleh terangkan konsep sebenar NOSFERIEL dan jika betul NOSFERIEL membawa konsep scandinavian black metal,kenapa memilih konsep ini dan kenapa tidak konsep eastern
black metal sebagaimana band mistik dan as- sahar (old)?

  • Nunth - Kami tidak mempunyai konsep yang tertentu kerana muzik kami terlalu variety tetapi kalau nak kata Scandinavian Black Metal pun mungkin jugak, sebab kami mencampur adukkan unsur Black dan Death Metal altogether.. Dari Darkthrone ke Mayhem ke Marduk ke Krisiun.. semuanya dalam package untuk NOSFERIEL! Mainly for our incoming Debut Album!
  • Pada kami NOSFERIEL main Black Death Metal!! So its up to u guy to judge what we are... because we are the creator and u all are the Judges!!
  • Konsep ini kami pilih sedah tentu la kerana kami minat, takkan nak main sesuatu yg kiter tak minat kan...
  • Pada aku Eastern Metal yang kebanyakan nyer melanda negara kiter nie lebih kearah melodic... Kami lebih kepada sesuatu yang Aggresive, Evil yet Brutalize!!

Ceritakan asal -usul nama NOSFERIEL dan kenapa memilih nama ini? kenap tidak kekalkan nama yang lama iaitu sandraguna?
  • Nunth - Nama ini datang setelah kami memikirkan untuk mencari suatu nama yang sebolehnyer unic dan mempunyai kelainan yang tersendiri!! Kerana kami pun sudah matured in every aspect, so the changes of this monickers is like the sign that we're ready to move forward!!

Official line up NOSFERIEL?
  • Nunth - Line-Up NOSFERIEL untuk tahun 2003 adalah Nunth [vox], UppyrLuz [bass], Danyel [Guitar] & Neoroth [Drum].

Adakah kesemua anggota NOSFERIEL berasal dari terengganu?
  • Nunth - Yerp!

Terangkan bagaimana proses mencipta dan menyusun lagu dan lirik band ini?
  • Nunth - Kami membuat susunan lagu bersama2, like teamworx! Tp biasanya idea asal datangnyer dari Gitaris kami iaitu Danyel... dan kami berbincang dan menggabungkan idea sehinggalah siap sesebuah lagu. Camtu la lebih kurang.. Dan aku membuat melodi lagu dan liriknyer sekali!

Apakah mesej yang hendak disampaikan dalam lirik lirik NOSFERIEL?
  • Nunth - Takder message yang ingin kami sampaikan!! Ingat aper, band nasyid ker? Darkness and Evil Prevail!!

Influence NOSFERIEL(untuk band dan personally) dan kenapa memilih mereka?
  • Nunth - Band: MAYHEM, DARKTHRONE, SODOM, KREATOR, SLAYER, KRISIUN, DISSECTION & MARDUK .MORBID ANGEL & SLAYER

Gig "the enormous wrath" merupakan sebuah gig yang turut menampilkan NOSFERIEL.jadi apa perasaan NOSFERIEL berkongsi pentas dengan band band lama seperti necrotic chaos,impiety dan mantak? mungkin terdapat banyak pengalaman yang dikutip ketika bersama band band tersebut?
  • Nunth - Yerp memang terlalu banyak pengalaman yang kami dapat lagipun itu merupakan 1st gigs kami, so nak cerita banyak pun aku rasa tak payahla sebab yang penting untuk NOSFERIEL adalah pendedahan dan pengalaman! Pengalaman banyak mematangkan kami!!

Bagaimana sambutan terhadap demo pertama NOSFERIEL " berserk prism spell"?
  • Nunth - Impressive dan aku sendiri tidak menjangka sambutan yang telalu luar biasa ini.. demo kami terjual/trade bout 500 copy setakat ini.. Pada aku ianya sudah jauh dari aper yang imagine selama ini! Aper2 pun thanx for your support brother!!
  • Selepas nie demo tuh boleh didapati dari saudara Akhmasz dari Nightart Prod yang akan release balik demo tuh secara official.. so, lepas nie sapa2 yang ingin dapatkan nyer boleh la dapatkanya melalui Nightart Prod.
Picture
Pernahkah nosferial mereleasekan sebarang unofficial demo/promo/rehearsal sebelum demo "berserk prism spell"?
  • Nunth - Nope

Perkembangan terbaru NOSFERIEL?
  • Nunth - Kami skang tengah sibuk dengan persiapan untuk recording Fullenght album yang sepatutnya dijadualkan April lepas... kami mempunyai sedikit masalah yg tak dapat diatasi, jadi kami terpaksa postpone kepada satu tarikh lain iaitu around bulan September ni.. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar! Kami pun dah cukup2 ready, improvement pun dah banyak..
Scene metal underground terengganu mungkin kurang dikenali band band nya,jadi bagaimana dengan scene di sana? apa pula perkembangan band doom metal modar?dengar khabar,salah seorang anggota modar masih aktif... mungkinkah modar akan kembali mengamuk di dalam scene metal underground kita?
  • Nunth - Yerp, Scene Terengganu memang kurang dikenali.. Scene kami pun kecik ajer.. pada aku kitorang skang nie dah takder scene!! Berapa kerat sangat kat sini? Pasal Line up Modar tuh aku tak sure sangat dengan keadaan disana, aku skang nie mnapak kat Johor menghabiskan sisa2 Degree aku... Dengar2 citter dia nak buat band yang main crossover, cam S.O.D kot? tak tau la.. cuba la tanyer dia sendiri.. Aku ader juga dengar yang Modar akan re-union tapi aku tak boleh bagi kepastian, just wait and see!!
  • Kat sini nanti akan ader 2 atau 3 band yang akan rekod demo.. tunggula!

Perancangan akan datang NOSFERIEL?
  • Nunth - INVADE the WORLD!!

Kata kata akhir NOSFERIEL?
  • Nunth - Thanx Syargoth for this interview!!

Website:
www.geocities.com/infernalspell


Email:
infernalspell@yahoo.com


Nosferiel@dangerous-minds.com
Picture

BACK

Powered by Create your own unique website with customizable templates.