• HOME
  • ABOUT US
  • NEWS
  • ARTICLES
  • INTERVIEWS
  • GALLERY
  • CONTACT/LINK
  • THE WORDS OF DAMNATION (REVIEW)
  qalaqas black art webzine

INTERVIEW BERSAMA PHANTASMAGORIA ARTWORKS
PULAU PINANG
Kredit kepada Syargoth Satariah untuk interview ini.

Picture
Asalamualaikum dan sampaikanlah bisikan hitam awal dari Mizal?
  • W’salam. Mula-mula sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi contact dan interview aku. Rasanya takde apa- apa yg aku nak bisik kot. Segalanya nyata dan jelas! Muahahaha

 Apakah perkembangan terbaru dari Phantasmagoria Artworks ketika ini?
  • Buat masa nih aku tengah siapkan cover artworks untuk ep Mr Totoman yang bakal release tak lama lagi. Selain tuh aku jugak tengah prepare logo untuk Mystical Angelique, Hearts On Fire, Recidivist dan jugak cover artworks untuk Sauts Alastor dan demo terbaru Nefarious Azarak.

Boleh Mizal ceritakan bagaimana Phantasmagoria Artworks ini wujud dan kalau boleh beri sekali sejarahnya dalam bentuk kronologi untuk
memberi gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan Mizal ke arah merealisasikan penubuhannya?
  • Actually aku dah buat artworks nih dah lama dah. Cuma Phantasmagoria Artworks dengan rasminya ditubuhkan pada Oktober 2000. Aku saja  wujudkan Phantasmagoria Artworks sebab aku memang minat dgn extreme artworks nih, dan secara tak langsung merupakan cara aku sendiri untuk contribute dalam metal scene. Lagipun sebab time tuh ramai sangat yang berebut-rebut nak buat zine dan newsletter. So aku pilih untuk contribute ikut cara dan kreativiti aku sendiri. Tak payah susah-susah nak cari orang lain. Kena pulak kalau contact orang, kita kena r.i.p off pula kan?! So buat sakit hati dan buang masa aku je!
Picture
Picture
Nama Phantasmagoria ini sangat menarik dan mistik bunyinya.Adakah nama ini diambil dari salah sebuah lagu Dimmu Borgir dari album Spiritual Black Dimension yang mana tajuknya adalah Phantasmagoria juga?Apa keistimewaan nama ini hingga Mizal tergerak untuk menggunakannya?
  • Mistik ke nama Phantasmagoria Artworks ni? Hehehe biasa-biasa je. Untuk pengetahuan, nama ni takde kena ngena dengan mana-mana tajuk lagu sama ada band Dimmu Borgir, Cathedral mahupun Annihilator. Aku pilih nama ni sebab maksudnya ada kaitan dengan artworks yang aku buat ni. Phantasmagoria bermaksud imej-imej yang terbentuk dalam mimpi dan ini secara tak langsung sesuai dengan konsep artworks yang aku buat yang lebih ke arah dark/fantasy art.

Adakah Phantasmagoria bergerak secara individu yakni dikendalikan oleh Mizal seorang ataupun Phantasmagoria Artworks memiliki staff tambahan untuk melicinkan perjalanan dan aktiviti yang dijalankan?
  • Cuma aku sorang saja yang handle kesemua projek-projek Phantasmagoria Artworks ni. Aku buat macam ni atas beberapa sebab. Bukan tak nak bergandingan dengan orang lain, tapi lebih senang kalau kita sendiri yang buat apa yang kita nak buat. Sebab setiap orang ada stroke dan style dia yang tersendiri dalam menghasilkan artworks. Rasanya kalau nak suruh Picasso combine buat artworks dengan Leonardo da Vinci di atas satu kanvas, sure tak sesuaikan? So biarlah Phantasmagoria Artworks menggambarkan style aku sendiri iaitu artworks yang detail. Tambahan pula, takde orang yang sanggup nak tolong mewarnakan drawings aku nih sebab halus-halus sangat. Pernah Aie (kartunis Blues Untuk Aku) nasihatkan aku supaya lukis atas medium yang besar sebab mungkin akan mengganggu  kesihatan mata aku!


Picture
Picture
Apakah objektif yang ingin dicapai dengan penubuhan Phantasmagoria Artworks ini dan adakah objektif yang mungkin telah ditetapkan ini sudah berjaya dicapai Mizal ataupun belum lagi dapat dicapai malahan terdapat tambahan objektif terbaru yang ingin dimasukkan bersama objektif yang telah sedia ada?
  • Macam aku terangkan tadi, Phantasmagoria Artworks adalah cara bagi aku untuk contribute kepada metal scene. Selain dari tuh, dapat gak le memeriahkan lagi arena artworks. Dalam lain perkataan, nak bawa kelainan dalam bidang senilukis ni. Ini disebabkan sekarang ni ramai sangat yang terpengaruh dengan stroke Manga (komik Jepun yang menampilkan awek-awek yang serba-serbi dalam keadaan yang besar!!!).

Dimanakah HQ Phantasmagoria Artworks,adakah ianya terletak di Pulau Pinang ataupun di Shah Alam(memandangkan Mizal masih menuntut di sana)?Dan katakanlah HQ Mizal berada di Pulau Pinang,tidakkah Mizal berasa sukar untuk berurusan dengan klien-klien yang mungkin sebahagian besarnya datang dari Kuala Lumpur atau luar dari Pulau Pinang?
  • Phantasmagoria Artworks takde berpusat kat mana-mana pun. Maksud aku Phantasmagoria Artworks takde ofis sendiri. Tak kira sama ada aku kat Penang atau Shah Alam, kalau ada org minta tolong buatkan artworks dan dateline dah confirm, aku try siapkanlah. Rasanya di zaman yang serba maju ni, takde masalah dari segi komunikasi.

Picture
Picture
Apakah prosedur yang perlu dipenuhi bakal klien Mizal untuk mendapatkan hasil kerja Phantasmagoria Artworks dan adakah klien-klien perlu menyumbang sesuatu bagi pihak mereka sendiri?Dan bagaimana pula rate yang dikenakan, adakah ianya bergantung pada apa yang dikehendaki klien?
  • Prosedur? Simple je, tak payah nak susah-susah isi borang mahupun mendapat cop dari penghulu! Hehehehe. Biasanya depa akan contact aku dan risik-risik sama ada aku boleh buat artwork untuk depa ke tak. Then kalau ok, aku akan minta description tentang apa yang depa nak tu. Dan yang paling penting, aku kena confirm dateline yang depa tetapkan. Jangan nak suruh buat artworks banyak, tapi bagi masa yang singkat. Anak berudu nak tukar jadi katak pun ambil masa juga. Semuanya bukan berlaku dalam masa semalaman. Memandangkan ni contribution aku dalam metal scene, aku just deal secara trade je. Bukannya apa, kalau aku pakai professional rate, mesti harga tinggi. So kalau aku charge harga tinggi plak, nanti ada le suara-suara sumbang yang cakap kita buat profit pulak. Aku just jadikan Phantasmagoria Artworks ni sebagai hobi aku.

Jika klien yang ingin menggunakan khidmat Mizal ingin memberi idea dari pihak mereka sendiri,adakah Mizal menerima idea yang datang dari pihak luar seperti  klien itu sendiri untuk merekabentuk dan mengeluarkan idea untuk sesuatu projek ataupun Mizal lebih mementingkan pandangan dan feel Mizal sendiri dalam hasil kerja keluaran Phantasmagoria Artworks?
  • Bab ni ada pro dan kontra jugak. Bagus kalau depa sendiri bagi idea untuk aku hasilkan artworks, takder lah aku nak perah otak untuk cari design yang sesuai. Tapi sedikit sebanyak akan menghadkan kreativiti aku pulak. Biasanya akan ada give and take bila bincang tentang penghasilan artworks ni. Aku akan bagi idea jugaklah untuk mendapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati semua pihak.

Mendapatkan ilham untuk memulakan sesuatu memang agak sukar(terutamanya kerja yang melibatkan penelitian dan penekanan aspek teknikaliti seni yang tinggi),jadi bagaimana Mizal berkarya, dalam suasana yang khusus seperti di tengah malam atau Mizal boleh mendapatkan idea hanya dengan memadankan idea yang diperolehi seiring dengan kehendak dan kesesuaian yang wujud dengan klien Mizal sendiri?
  • Bila kita buat satu-satu kerja yang memerlukan daya kreativiti, apa yang penting ialah idea. So kalau kita duduk dan menghadap kertas berjam-jam pun, kalau takde idea kerja tu takkan jalan jugak. Kalau tak percaya, trylah buat. Takde masa-masa tertentu  untuk aku buat artworks. Kadang-kadang time lecturer cakap, tiba-tiba dapat idea, teruslah aku buat rough sketch. Then lepas tuh, aku  terus buat detail. Mood jugak penting bila nak buat artworks nih. Kena time blur, bengap dan keadaan yang sewaktu dengannya, memang aku relax je lah.

Warna hitam sememangnya sinonim dengan konsep seni yang sering dikehendaki oleh kebanyakan klien Mizal.Adakah Mizal bersetuju jika dikatakan warna yang lain selain dari hitam tidak dapat menggambarkan apa yang ingin disampaikan klien?
  • Memang warna hitam memang sinonim sangat dengan muzik metal ni. Tapi kat muka bumi ni punyalah ada banyak lagi warna. Kita kat sekolah dulu pun memang belajar mengenal macam-macam warna. Takkan disebabkan kita minat metal, terus jadi buta warna-warna lain pulak? Bagi aku, setiap warna mencerminkan sesuatu sifat. Warna hitam lebih mencerminkan keadaan misteri, seram, kejahatan, kematian dan tidak ketinggalan…hitam itu menawan! (petikan daripada iklan Perilly’s) Muahahah…Untuk mengenali lagi sifat-sifat sesuatu warna itu, silalah menonton iklan cat Nippon di kaca televisyen anda.(aku minat gambar budak-budak panjat kerbau kat sawah tuh!)

Picture
Picture
Telah diperhatikan segala hasil kerja(master copy lagi!!) dari Phantasmagoria Artworks, memang sukar untuk mempercayai bahawa semua itu dilakukan dengan tangan sahaja dan hanya menggunakan peralatan konvensional seperti pensel,pen dan kertas,tidak seperti individu yang lain yang menggunakan kemajuan teknologi terkini semaksimum yang mungkin dalam penghasilan kerja mereka.Kenapa Mizal masih kekal dengan cara sebegini yang semestinya mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan dan mungkinkah bagi Mizal, nilai artistik setiap projek yang diusahakan dengan tangan akan lebih meningkat dan kepuasan melakukannya dapat dicapai?
  • Kenapa, tak percaya ye? Biasanya aku sketch dengan pensil dan detailkan dengan technical pen atas tracing paper. Kaedah nih lagi senang sebab technical pen sesuai untuk buat detail drawings. Aku buat atas tracing paper sebab kalau ada kesilapan, aku just scrap je guna blade. Kalau aku guna kertas biasa, ink tuh akan meresap dan hanya boleh padam guna liquid paper je. So bila aku nak scan masuk dalam komputer, ia jadi tak elok. Aku bukannya buat semuanya secara manual. Aku akan scan then touch up dan warnakan dalam Photoshop.

Sekali lagi ingin dikatakan bahawa tahap kesukaran untuk menghasilkan karya yang setanding dengan karya Mizal memang tinggi melainkan ilmu seni itu telah dikuasai dengan baik.Telah diketahui bahawa Mizal sedang menuntut dalam kursus architecture ketika ini jadi,mungkinkah Mizal sendiri telah menguasai the basic of arts bermula dari peringkat bawahan lagi dan sekarang ini dibantu pula oleh ilmu yang diperolehi dari kuliah-kuliah Mizal?
  • Ilmu yang aku dapat dalam bidang senibina ni sedikit sebanyak turut membantu aku untuk menghasilkan artworks nih. Especially berkaitan dengan detail drawings. Actually di peringkat awal pengajian, memang semua pelajar dikehendaki membuat lukisan (lukisan bangunan yer!!!) dengan menggunakan technical pen. Then start guna komputer pulak. Jadi technical pen yang tak lagi digunakan itu aku guna lah untuk Phantasmagoria Artworks ni. Takde lah terbiar camtu jer kan?! Bagi aku, aku rasa puas bila satu-satu artworks yang aku buat tuh dah siap. Lagi detail, lagi puas hati aku!

Siapakah yang menjadi inspirasi Mizal dalam bidang ini sekaligus mendorong Mizal untuk terus mengeluarkan karya-karya hebat dan menjadi lebih produktif?
  • Idola aku ialah H.R.Giger, iaitu pencipta watak makhluk asing dalam citer alien tuh. Aku tertarik dengan style hasil-hasil kerja dia yang memang sesuai sangat dengan imej metal. Anda dapat lihat hasil kerjanya pada salah satu cover Celtic Frost dan design mikrofon penyanyi kumpulan Korn. Aku bukan saja adapt style dia dalam artworks aku, aku juga adapt ke dalam semua project design kat universiti aku! Selain Giger, aku juga terpengaruh dengan ukiran dan perhiasan Celtic, Gothic dan Islamic architecture yang sememangnya terkenal dengan hasil kerja yang teramat detail.

Boleh Mizal sebutkan mana-mana artis yang mempengaruhi karya-karya Mizal dan identiti Phantasmagoria Artworks secara keseluruhannya?
  • Selain Giger, aku juga dipengaruhi oleh pelukis-pelukis terkenal seperti Todd McFarlane, Luis Royo, Alex Ross dan Stan Lee. Secara keseluruhan memang aku banyak terpengaruh dengan komik. So bagi yg memang minat komik, nama-nama yang aku sebutkan ni sure depa kenal.

Sehingga kini,sudah terlalu banyak projek yang telah dijayakan oleh Phantasmagoria Artworks tidak kiralah sama ada design t-shirt,stiker, flyer, logo,cover album,cover zine dan lain-lain material yang memerlukan kuasa seni yang kuat untuk menyerlahkan identiti yang dibawakan.Boleh Mizal senaraikan projek-projek yang dijayakan Mizal dari dulu sehinggalah yang paling terkini?
  • Di Malaysia, Phantasmagoria Artworks terlibat dengan:-Amethyst, Necrotic Chaos, Mistik, Dark Nirrajim, Kremation, Rebellion, Tandus, Damokis, Nosferial, Samartary, Larronz, Arkhaytulmayt, Pyron, Violator, Recidivist, Sins, Symphonize Labyrinth, Mr Totoman, Mystical Angelique, Enthrone Falls, Shamanic Rites, Despairance, Hearts on Fire, Dreaded, Despairance, Muzik Box Production, Ultra Hingax Production, Psychic Scream Entertainment, Menjrex Nerto Production, Api Fanzine, Metal Command zine, Inhale newsletter, Sabahan newsletter, Blackhaq zine, Lustmipury zine dan Blod Criminals Promotion. Luar Malaysia pulak seperti:- Inhumate (France), Extrashit zine (Indonesia), Surlity zine/Noise Zealot newsletter (Thailand), Lonewolf (France), Danca Macabra (Portugal) dan Tornado Magazine (Denmark).

Baru-baru ini telah tercetus kontroversi yang agak panas yang membabitkan Mizal dan juga Phantasmagoria Artworks dengan seorang penggiat dalam scene kita.Bukanlah hendak mengungkit,tetapi boleh Mizal simpulkan apa yang kita semua boleh pelajari dari insiden itu?
  • Tentang kejadian itu, apa yang boleh aku simpulkan ialah walau apa yang kita buat sekalipun baik dari aspek metal scene mahupun kehidupan, yang penting jangan sesekali kita mengharapkan masyarakat sekeliling untuk menghargai apa yang kita lakukan. Dalam lain perkataan, ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan dan jangan hipokrit dalam kehidupan.

Selain mendapat projek di dalam negara,Phantasmagoria Artworks juga tidak ketinggalan melebarkan sayapnya ke luar negara.Boleh Mizal ceritakan sediki tentang projek Phantasmagoria Artworks dengan Surlity Fanzine(Thailand),Inhumate(Perancis),Tornado Zine(Denmark) dan yang lainnya yang mungkin tidak diketahui umum,dan bagaimana pula respon yang diterima oleh Mizal dari luar?
  • Untuk Surlity zine, aku contribute artworks untuk cover disamping aku bagi latest news serta gig report. Tornado Magazine aku terlibat bersama Ustumalagam (Denial of God) dan Erik (Watain) untuk layout majalah tersebut. Dengan Inhumate pulak, aku just buat design untuk salah satu t-shirt band tuh. Bagi project dengan Danca Macabra zine, aku contribute artworks, interview dengan beberapa band tempatan seperti Necrotic Chaos, Manggas dan As Sahar serta latest news. Respons yang aku dapat agak menggalakkan dan aku berharap agar dapat terlibat dengan lebih banyak projek dari luar Malaysia.

Dalam banyak-banyak projek yang dikendalikan Phantasmagoria Artworks,yang manakah yang paling sukar dan mencabar kredibiliti Mizal ke tahap maksimum dan betul-betul meninggalkan kesan terhadap diri Mizal(dari segi kepuasan,feel dan spirit)?
  • Untuk projek-projek yang telah aku sebutkan, rasanya takde pun yang sukar bagi aku. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma satu projek dengan sebuah band (aku tak pasti sama ada kugiran ni wujud lagi atau dah bersemadi dengan amannya dalam liang lahad!) sebab terlalu banyak songeh. Enam kali minta aku untuk ubah design yang kononnya untuk dibuat t-shirt, setelah semuanya disiapkan aku dapat tahu yang band ni tak jadi pulak nak buat t-shirt tuh. Barangkali disebabkan design tersebut teramat kejam, lantas menyebabkan band tersebut terasa ngeri untuk memakainya. Tapi rupa-rupanya di luar pengetahuan aku, depa print juga design tu. Mungkin untuk dijadikan baju tidur agar sentiasa berada dalam keadaan yang mengerikan. Betul-betul buang masa aku je!

Kalau tak silap Phantasmagoria Artworks memiliki sebuah website sendiri yang beralamat di www.phantasmagoria8.tripod.com.Dan dengar khabarnya Mizal bercadang untuk membina website yang baru.Adakah website yang sedia ada masih boleh dikunjungi dan apa yang bakal dihidangkan pada pengunjung yang singgah di situ?
  • Website Phantasmagoria Artworks masih boleh dilawati di http://phantasmagoria8.tripod.com. Dah lama dah tak update website ni sebab dah lama tak jumpa webmaster aku tuh. Dalam website tu ada sample-sample artworks aku yang terawal. Website baru still dalam perancangan tapi tak sure bila akan siap disebabkan tengah mencari webmaster baru dan aku agak sibuk buat masa ni. So, just wait and see!

Dengar khabarnya t-shirt Phantasmagoria Artworks hendak direlease under Psychic Scream. Jadi bila agaknya t-shirt tersebut akan berada di pasaran dan apa lagi official merchandise dari Phantasmagoria Artworks yang akan dikeluarkan?
  • Yang tu still dalam perancangan. Aku belum discuss lagi dengan pihak Psychic Scream. Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, aku akan inform tentang official merchandise Phantasmagoria Artworks.

Selain bergerak sebagai Phantasmagoria Artworks,Mizal juga merupakan seorang drummer yang agak aktif dalam scene.Mizal bukan sahaja produktif dari segi PhantasmagoriaArtworks, malahan sebagai seorang drummer,Mizal turut melibatkan diri dalam berbagai projek band dan menjadi sessionist selain dari band sendiri iaitu Sins.Boleh Mizal sebutkan band-band projek yang disertai dan projek lain yang berkaitan dengan muzik Metal seperti promotion band dan yang sewaktu dengannya?
  • Aku pernah session dengan Despairance. Buat masa nih aku terlibat dengan Sins, Symphonize Labyrinth (projek dengan members of Sins, Arkhaytulmayt, dan Amethyst), sebuah band Sabah (dulunya dikenali sebagai Nezzar) dan insya Allah aku akan session dengan Mistik. Disamping itu, aku menulis lirik untuk Arkhaytulmayt dan Symphonize Labyrinth, terlibat dalam menyediakan temuramah band, latest info dan gig review untuk Lustmipury zine, Api fanzine, Surlity fanzine serta majalah KIUT. Selain itu, aku juga terlibat dengan Blod Criminals Promotion bersama sahabat aku iaitu saudara Zizi Amri.

Apa yang menyebabkan Mizal sanggup menyertai band-band projek ini sedangkan aktiviti Phantasmagoria Artworks sendiri sememangnya tak menang tangan?Mungkinkah Mizal ingin cuba menumpukan perhatian pada kedua-dua bidang yang berlainan bentuk seninya dalam usaha memperkukuhkan keupayaan dalaman Mizal untuk meningkatkan taraf dan kepelbagaian di dalam scene sekaligus bakal memberi impak yang besar dan positif kepada, Phantasmagoria Artworks,Sins dan juga band-band projek Mizal ataupun mungkin kerana minat yang mendalam terhadap muzik dan seni,ataupun penglibatan Mizal ini lebih kepada semangat setiakawan yang telah terjalin selama ini?
  • Memang aku busy sikitlah dengan study aku, Phantasmagoria Artworks dan juga band. Tujuan utama aku melibatkan diri dengan projek-projek band ni agar aku dapat bermain pelbagai jenis muzik. Seperti yang diketahui, setiap band yang aku terlibat mempunyai style muzik yang tersendiri misalnya Symphonize Labyrinth berkonsepkan gothic metal manakala Sins pula death thrash metal. Apa yang aku boleh katakan, kehidupan aku berkait dengan seni. Aku study dalam bidang senibina, Phantasmagoria dalam bidang senilukis dan band dalam bidang seni muzik! Semangat setia kawan tuh sudah semestinya. Berkawan biar seribu, berkasih biar …?

Dahulunya Mizal ada menyertai sebuah band yang bernama Despairance.Despairance pernah mengeluarkan sebuah demo yang bertajuk Cries Of Despair dan selepas itu band itu terus senyap sehingga kini.Boleh Mizal ceritakan bagaimana Mizal boleh menyertai Despairance dan kenapa selepas mengeluarkan demo Cries Of Despair,band ini terus menyepi?
  • Aku terlibat dengan Despairance boleh dikatakan dalam situasi bidan terjun. Aku menerjunkan diri aku dalam band tu bila drummer asalnya menarik diri. Kebetulan pulak Jon Khald pernah terlibat dengan Symphonize Labyrinth dan merupakan senior aku kat kolej dulu. Despairance menyepi selepas demo pertama dan penglibatan dalam kompilasi Panggilan Pulau Puaka disebabkan kesibukan Jon Khald. Dia tengah bertungkus lumus dalam pegajiannya di peringkat Masters. So, biarlah dia study dengan tenang dulu. Tentang perancangan Despairance pada masa akan datang, hanya Jon Khald je yang ada jawapannya.

Boleh Mizal ceritakan apakah teknik pengurusan masa yang diaplikasikan dalam mengekalkan keseimbangan aktiviti-aktiviti Mizal sebagai seorang penuntut,menguruskan Phantasmagoria Artworks dan menjadi drummer untuk Sins dan band-band projek yang lain?Dan bagi Mizal sendiri,apakah teknik yang paling sesuai dan efektif yang patut diaplikasikan untuk individu mengekalkan produktiviti dan hasil yang terjamin kualitinya?
  • Apa yang penting ialah cara seseorang tu menguruskan masanya. Aku memperuntukkan masa untuk sesuatu aktiviti berdasarkan turutan kepentingannya. Apa pun dalam situasi aku sekarang nih, yang utama ialah pengajian aku lah. Insya Allah next year akan habis dan kembali kerja ke firma lama aku. Bagi aktiviti-aktiviti aku yang relate dengan metal, ia sekadar hobi bagi mengisi masa lapang aku je.

Mizal pernah katakan bahawa Mizal ingin membantu band-band baru yang mempunyai semangat dan kualiti yang boleh digilap dan diberi perhatian, disamping ingin menaikkan scene Metal Pulau Pinang yang agak tenggelam timbul kebelakangan ini.Bagi Mizal sendiri, apakah yang harus dilakukan bukan sahaja oleh Mizal,malah oleh semua pencinta/penyokong scene Metal untuk mengembalikan kegemilangan scene Metal seperti di era 80-an dan 90-an tanpa mengenepikan band-band baru yang muncul sebagai pelapis didalam scene Metal secara amnya?
  • Tak kiralah baik dalam scene metal, punk atau genre muzik underground yang lain, apa yang penting ialah semangat setia kawan. Setiap individu yang terlibat seharusnya saling memberi sokongan dalam usaha untuk memajukan apa sahaja yang mereka minati. Kalau ada sepsis parasit yang asyik nak tunjuk besar kepala, hipokrit dan memburuk-burukkan orang lain, sampai bila pun scene tu takkan maju. Sememangnya wujud band-band lama, tapi kita perlu ingat yang band-band baru juga penting dalam usaha untuk memastikan scene terus ‘hidup’. Aku rasa semangat ni bukan saja patut diterapkan dalam metal scene je, tapi juga dalam masyarakat kita.

Apa pandangan Mizal terhadap scene Metal Malaysia dari segi kualiti dan produktiviti?Adakah kita masih jauh ketinggalan atau sedang melalui proses kematangan yang progresif secara keseluruhannya?
  • Terus terang aku cakap yang Malaysia ada banyak band yang berkebolehan. Bahkan dari dulu lagi terdapat banyak band Malaysia yang berpotensi dan berbakat antaranya seperti Langsuir, Brain Dead, Modar, Punisher, Nemesis dan Sil Khannaz. Tapi apa yang aku nampak, scene metal kat Malaysia sekarang ni menjadi agak slow berikutan dengan ‘peristiwa hitam’ yang telah melanda negara kita. Sememangnya terdapat banyak band yang berkualiti dan begitu bersemangat memperjuangkan muzik metal di negara kita. Tapi kelemahan yang amat ketara dihadapi oleh band-band negara kita ialah dari segi kualiti bunyi. Kalau masalah ni dapat diatasi, aku rasa band-band Malaysia mampu meletakkan nama depa sebaris dengan band-band luar negara.

Picture
Picture
Nasihat dari Mizal untuk semua penggiat tak kiralah sama ada label/band/zine/artwork dan semua individu yang baru melibatkan diri secara serius di dalam scene Metal?
  • Nasihat aku tak kiralah walau dalam bidang apa sekalipun kita ceburi, yang penting ialah kita betul-betul ikhlas dengan apa yang kita lakukan. Kalau setakat melibatkan diri sekadar nak nama kita disanjung oleh orang lain, rasanya baik melingkup jauh-jauh je. Sekurang-kurangnya takkan ada orang lain yang akan sakit hati dengan penglibatan kita dalam scene. Satu lagi, kenalah rajin berinteraksi sesama individu-individu lain yang terlibat dalam scene. Sebab malu bertanya, sesat jalan. Bila dah sesat jalan tu, mulalah merapu buat benda-benda yang bukan-bukan. Akibatnya, akan kena balik kat scene gak. Kalau jadi camtuh, siapa yang malu…?

Bagaimana Phantasmagoria Artworks boleh dihubungi untuk sebarang urusan formal atau tidak formal?
  • Memandangkan aku sering berpindah-pindah rumah, jadi aku rasa cara terbaik untuk menghubungi aku ialah melalui email:- s_gempita@hotmail.com.

Luahkanlah bisikan hitam yang terakhir dari Mizal dan Phantasmagoria Artworks kepada semua penggiat dan pendukung scene Metal Malaysia?
  • Thanx sebab sudi meluangkan masa untuk menemuramah dan sekaligus beramah mesra dengan aku. Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua band/label/zine yang pernah mendapatkan khidmat Phantasmagoria Artworks atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan. Akhir kata buat pedoman bersama, usah biarkan hidup anda sekeluarga diselubungi…..MISTERI!!!!

BACK

Powered by Create your own unique website with customizable templates.