• HOME
  • ABOUT US
  • NEWS
  • ARTICLES
  • INTERVIEWS
  • GALLERY
  • CONTACT/LINK
  • THE WORDS OF DAMNATION (REVIEW)
  qalaqas black art webzine

INTERVIEW BERSAMA SAUTS ALASTOR
SUBANG, SELANGOR
Kredit kepada Syargoth Satariah untuk interview ini.

Picture

Kata-kata aluan pembuka bicara?
  • Salam sejahtera kepada anda dan para pembaca, mudahan semua dlm keadaan sihat sejahtera.

Setelah beberapa tahun menyepikan diri, Sauts Alastor kini kembali aktif.Boleh anda ceritakan sedikit sebanyak sejarah awal Sauts Alastor kepada mereka yang mungkin tidak begitu mengenali dan mengetahui kewujudan band ini?
  • Sauts Alastor ditubuhkan sekitar penghujung 1996 oleh saya dan Shaharoth (guitar) untuk mengetengahkan muzik Black Metal atau Symphonic Black Metal eksklusif dari tanahair Malaysia \m/

Bagaimana tercetusnya idea untuk menubuhkan Sauts Alastor? Pertemuan dengan Shaharoth di tahun 90'an dahulu?Apa yang membuatkan anda mengambil keputusan untuk berganding bersama Shaharoth di dalam sebuah band?
  • Shaharoth nih dah mmg terjebak dgn extreme metal nih since dia teenager lagi, ramai kawan2 di area Subang Jaya dulu dia possessed utk layan Black Metal. Kebetulan saya juga tgh mencari 'kaki' utk jamming lagu2 metal nih..macam2 org dah try tapi takde yg serius nak main music nih kat area kami. Dia (Shaharoth) pun kebetulan mmg nak form band & nak cari kaki yg betul2 nak perform music Black Metal, salah satu genre yg 'berhantu' time tu. So kami start scouting line-up, ada beberapa individu di'reject' sbb no attitude & 'spirit', kami nak line-up yg kami boleh considered 'our family', yg willing to give 100% dedication kpd band dan dapat adapt konsep Sauts Alastor yang ingin diketengahkan.

Sauts Alastor telah mengalami beberapa pertukaran line-up jadi boleh perkenalkan line up yang terdahulu hingga yang terkini? Dan mengapa agak sukar untuk mengekalkan kestabilan line up Sauts Alastor?
  • Original line-up yg tinggal hanya saya dan Shaharoth. Di zaman rehersal tape kami dulu dan juga Sauts Monastery demo, Yan 'Sontoloyor' main bass dan Modiac on drums. Yan quit sbb masalah personal (kena pindah jauh dari tempat kami), Sarabuthus joined kemudian. Sarabuthus & Modiac accident sebelum 'The Grand Executor' release date (1999), kedua-duanya terpaksa quit. Meeroth ganti department bass (2002) dan Razi Blasphemy on drums (2001). Nick handle synthetizers sejak 2001.

Picture
Anda telah menyimpulkan bahawa nama Sauts Alastor ini bermaksud "Empire Of The Grand Executor" dan ianya terlalu abstract untuk dihuraikan.Dan anda telah menggunakan beberapa nama seperti Irasantar, Arcsea dan Zalnabur (yang berjaya kekal semasa demo pertama "Sauts Monastery" dikeluarkan) dan berakhir dengan Sauts Alastor.Kenapa anda memilih untuk menggunakan nama Sauts Alastor yang kekal sehingga kini? Apa pula
maksud nama-nama yang pernah anda gunakan sebelum ini?
  • Irasantar adalah nama 'Tuan Puteri' kayangan dan sempat guna kejap tahun 96, Arcsea adalah stagename lama Shaharoth (bukan nama band) dan kami drop nama Zalnabur sebab ada band lain (Sabah/Sarawak) guna nama yg sama pada masa itu, lalu nama Sauts Alastor pun digunakan. "These wicked demons lives underneath the abyss of Leviathan..while the others are inhabitants of hell, the grand executor."
 
Sauts Alastor telah dijenamakan dengan pelbagai konsep oleh pendengar.Anda pernah mengatakan Sauts Alastor membawakan konsep "Supreme Symphonic Black Metal".Adakah anda masih kekal dengan konsep ini?Bagaimana pula dengan lirikal Sauts Alastor secara amnya?
  • Listener ada hak masing2 utk melabel muzik kami. Kami juga selesa dgn hanya 'Black Metal'. Label2 'melodic' sebelum ini bukannya datang dari kami, itu kena tanya label. Pada kami, muzik Sauts Alastor tidak terlalu mengutamakan elemen melodik tipikal seperti kebanyakan band, simfoni yg dimaksudkan adalah kombinasi elemen2 orkestra yg di olah menggunakan synths tanpa mempengaruhi keseluruhan komposisi lagu. Kehadiran synth hanya utk 'colour' dan hidupkan sesuatu part yg sepatutnya. Selain gabungan guitar dan drumming yg agresif, muzik kami juga mengutamakan mood, soul dan atmosphere.

Demo "Sauts Monastery" merupakan material yang paling dekat dengan Sauts Alastor walaupun menggunakan nama Zalnabur.Boleh anda gambarkan konsep muzikal dan lirikal di zaman pra Sauts Alastor ( Irasantar,Arcsea dan Zalnabur)? Adakah terdapat perbezaan dari segi genre dan konsep band anda sebelum ini?
  • Di zaman pra, kami byk jamming lagu2 cover dan dari masa ke semasa kami cuba adapt influence2 kami dgn cuba membuat komposisi lagu sendiri. Dari awal kewujudan, muzikal mmg ke arah Black Metal, begitu juga dgn lirik.

Kenapa demo "Sauts Monastery" tidak dikeluarkan secara rasmi dan hanya diedarkan di kalangan rakan-rakan anda sahaja? Kenapa anda mengambil keputusan sebegitu dan boleh ceritakan sedikit mengenai demo tersebut?
  • Beberapa zine metal tempatan, bila review band2 baru atau band yg tak 'sebulu' dgn suku sakat dorg, editor2 yg kononnya otai nih (dengar sekarang dah insaf main metal kot) akan mengkondem 'sound', muzik atau karya band2 tersebut. So, kami ketika itu ingin pilih left hand path yg lebih pure underground, kaset2 kami trade kpd kawan2 di dalam dan luar negara. Old school style. Kami belum mahu Sauts Alastor terikat dgn mana2 label lagi ketika itu. Kami mahu bebas. Dengar review personal dari rakan2 dari sana yang juga dah mmg ada band metal extreme lagi berbaloi dan honest dari dengar review kuda2 tua yg galak nak promote band sendiri atan band kawan dorang. Di sini, 'Sauts Monastery' kami bagi free ajer kpd metallers, kawan2 dan beberapa 'lubuk' puaka sekitar KL dan Selangor dlm versi kaset. Kami tak buat utk duit atau profit. Walau bagaimanapun rilisan tersebut limited, kalau ada pun hasil dubbing kawan2 yg ada demo tu. Ada beberapa lagu dalam Sauts Monastery yang akan kami rilis semula satu hari nanti dengan label kami sekarang jika ada peluang. Secara peribadi, foundation Sauts Alastor sbg band underground black metal berasal dari Malaysia terpahat ketika Sauts Monastery dirilis. Raw, aggressive, dark, evil and rebellious.

Material rasmi yang pertama ialah EP kaset "The Grand Executor" yang dikeluarkan pada tahun 1999 di bawah Nebiula Production.Boleh ceritakan sedikit mengenai tawaran Nebiula Production untuk mengeluarkan EP itu? Mengapa memilih Nebiula Production untuk rilisan pertama anda?
  • "The Grand Executor" pada asalnya dihasilkan utk 'demo ke-2', tetapi Atanaz (Kitanai Chi) suggest kami rilis under Nebiula. Kami pass material, Nebiula terus minat, terus deal dan rilis. Nebiula ada pengaruh di scene Malaysia pada ketika itu dan bagus mempromosi band2 di bawah naungan mereka.

EP "The Grand Executor" memiliki keistimewaan yang tersendiri jika dibandingkan dengan lain-lain produk Black Metal pada ketika itu, sangat-sangat production wise dan memiliki kekuatan yang mampu memberi harapan pada Sauts Alastor untuk terus berkarya sekaligus menjadi "landmark" kepada genre Black Metal Malaysia.Ianya dirakamkan di King Studio jadi kenapa studio itu menjadi pilihan anda?Bagaimana anda mampu mendapatkan sound yang begitu berkualiti?
  • Kami pilih King Studio kerana kami yakin pada ketika itu King mampu hasilkan 'sound' yg kami inginkan. Hasil kerjasama dgn arwah Kamal Saturnine selaku soundman telah berjaya menghasilkan material yg personally kami sendiri puas hati. Tidak terlalu polish, masih kekalkan 'rawness' dan atmospheric. The Grand Executor adalah tribute kami kepada Clan Sauts Monastery, supporters dan pendengar2 muzik hantu yg baru nak kenal kami pada ketika itu. And a big 'Fuck You' to haters.

Ramai yang melabelkan muzik anda sebagai Black Metal dari Norway. Apakah yang sebenarnya mempengaruhi keseluruhan perjalanan muzik Sauts Alastor sepanjang kewujudannya?
  • Musically, kami banyak dipengaruhi oleh scene Norway utk hasilkan muzik Sauts Alastor. Setiap album-album yg kami layan, yang dihasilkan oleh band2 lagenda dunia (thrash / death / black / heavy / rock ) secara tidak langsung akan mempengaruhi muzik Sauts Alastor, cuma olahan dilakukan dengan cara kami tersendiri.

Ada ura-ura mengatakan EP " The Grand Executor" bukan saja dikeluarkan dalam bentuk kaset malahan cakera padat juga.Adakah ianya benar? Jika benar kenapa hanya versi kaset sahaja yang dikeluarkan?
  • Minta maaf, setahu kami EP " The Grand Executor" hanya dlm format kaset (jika rilisan dari Nebiula Prod).

Pada tahun 2000 Sauts Alastor berpeluang bermain di Pulau Pinang dan diikuti "Ipoh Loudblast Anthem" yang diadakan di Ipoh, Perak yang merupakan gig yang terakhir.Dalam banyak-banyak gig yang pernah disertai,yang manakah paling meninggalkan kesan pada dan kenapa?Adakah mungkin dapat kita saksikan Sauts Alastor kembali ke pentas gig selepas ini?
  • Mini gig pertama paling tak boleh lupa di Guitar Shop Subang Jaya sekitar 98, kami jahanamkan drumset baru dengan lagu2 cover Enslaved, Emperor dan 1 lagu Sauts Alastor dari Sauts Monastery. Band yg hadir rata2 pemuzik indie, rock, jazz etc. Organizer buat isyarat 'time-out' agar kami stop.
  • Salah satu gig sudah tentu di Rockworld Penang (2000), sbb official performance kami pertama as a band di hadapan crowd yg ramai ketika itu. Kami puas hati sbb sempat juga pay tribute to Darkthrone, Immortal dan Emperor dgn memainkan cover songs yg mmg influence kami. Ipoh 2001 juga 'not bad'. Kami dijoin oleh sessionist dari Aradia utk gig2 nih.
  • 27 Nov 2010 kami kembali aktif dgn membuat penampilan pertama kali di KL (One Cafe) bersama Nebiras dalam Witchimg Hour dan Storm of Nebiula gig pada Januari 2011 yg lalu. Respon crowd yg hadir amat memberangsangkan.Upcoming gig kami ialah pada 10 Sept 2011 bersama Impiety dan beberapa band2 ganas tanahair.

Apakah perancangan Sauts Alastor setelah bangkit dari tidur yang agak panjang?Dengar khabarnya anda kini sedang giat mengusahakan material terbaru, sejauh manakah persiapan Sauts Alastor untuk kembali membuat "comeback"?Mungkin ada informasi terkini yang boleh dikongsikan bersama?
  • Kami sebenarnya telah berada di dalam proses sesi rakaman 'single' dan dijangka dipasarkan pada Ogos 2011 jika tiada halangan. Mengikut perancangan, album Sauts Alastor akan dipasarkan oleh label tempatan (soon to be announced) pd penghujung tahun 2011 ini. Rilisan kali ini akan menunjukkan kuasa sebenar Sauts Alastor. Malaysian Black Metal at it's best.

Kata-kata akhir dari Sauts Alastor sebelum sesi ini ditamatkan?
  • Support Malaysian Black Death Extreme Metal movement. Dapatkan rilisan kami nanti. Lit the candles between the horns, lets embrace darkness again..

E-mail: wil_astagoth@sautsalastor.com
http://www.facebook.com/pages/Sauts-Alastor/160512147337986



BACK

Powered by Create your own unique website with customizable templates.