• HOME
  • ABOUT US
  • NEWS
  • ARTICLES
  • INTERVIEWS
  • GALLERY
  • CONTACT/LINK
  • THE WORDS OF DAMNATION (REVIEW)
  qalaqas black art webzine


KUASA FITNAH MEDIA MASSA.


Perkara yang berkaitan dengan tajuk di atas adalah perkara biasa di mana-mana pelusok dunia dan ianya adalah subjektif. Media di Malaysia diwujudkan asalnya untuk menyebarkan maklumat tentang perkembangan semasa dan menjadi lidah rasmi kepada Pemerintah. Lidah Rasmi Pemerintah? Ya, sejak sebelum merdeka lagi media massa digunakan untuk menunjukkan betapa bagus dan telusnya kerajaan memerintah. Media juga kadangkala disalahgunakan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam mecipta propaganda bertujuan menutup kepincangan pihak-pihak yang berkepentingan ini.


Kekuatan kuasa media? Ya, kuasa mereka cukup kuat kerana dibiayai oleh sesebuah organisasi atau pertubuhan malah parti politik. Berdasarkan pengalaman saya bertebuk bertampar meja dengan Syahidan Jaafar bekas ketua pengarang Mastika, saya dapati Mastika hanya berpejabat di premis rumah kedai dua tingkat bertapak di Shemelin Perkasa Cheras. Pusat operasi mereka hanya bak sarang tikus. Bak kata orang-orang tua, Indah bahasa dari rupa. Hanya gah pada nama, busuk di dalam. Tetapi oleh kerana mereka berada di bawah bumbung Karangkraft dan Utusan Malaysia milik penuh parti politik pemerintah, ianya menjadi besar dan gah di seantero Tanah Melayu. Tambahan pula, mereka mempunyai "hardcore readers" yang daif telah percaya dan berpegang teguh pada motto media massa sebagai "WADAH RAKYAT" sejak sebelum merdeka lagi. Tanpa menapis setiap apa yang mereka baca, dengar atau tonton mereka telan serta percaya bulat-bulat setiap apa yang dilaporkan oleh media. Hatta jika dilaporkan KUCING boleh terbang sekalipun, pasti mereka percaya kerana mereka sejak sekian lama menganut kepercyaan melampau terhadap media massa.


Oleh kerana topic ini agak subjektif, sukacitanya saya ingin mengulas dengan lebih spesifik tentang topic ini. Ianya berkenaan GELOMBANG SERANGAN MEDIA TERHADAP SCENE MUZIK METAL, UNDERGROUND KHUSUSNYA. Jika dilihat dari perkembangan dari masa ke semasa, apa yang dipaparkan oleh media adalah perkara yang sama sejak dulu sehingga sekarang. Ianya bermula pada awal tahun 2000 dari rumusan tentang pergerakan muzik Black Metal yang kononnya hasil kajian dan penyelidikan seorang professor berstatus Datin di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam di Utara Semenanjung. Rumusan tersebut diEhsankan kepada Utusan Malaysia dan juga portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk dibentangkan ke parlimen. Jika anda mengikuti perkembangan, sudah pasti anda semua temui apa yang saya maksudkan dengan SAMA SAJA DARI DULU HINGGA SEKARANG. Rumusan dan artikel yang dibuat oleh Datin tersebut di mana maklumatnya pada saya ianya adalah separa benar itulah yang dijaja kesana kemari oleh blog-blog, portal-portal, forum-forum dan juga cerita dari mulut ke mulut. Malah,serangan terbaru pada 7 September 2011 dalam rancangan MISTERI ALAM MELAYU episode 6 yang disiarkan di ASTRO AL HIJRAH channel 114 didapati skirpnya 100% di cedok dari rumusan yang dilakukan oleh Datin tersebut tanpa ada satu pun pengolahan. Ini menunjukkan bahawa mereka pihak media langsung tidak membuat sebarang kajian menyeluruh tentang apa yang mereka gembar-gemburkan. Apakah ianya satu tindakan bijak???


Merujuk video di bawah, minit ke 17:50 pengulas tersebut menyatakan “apatah lagi dia buat konsert pada waktu maghrib. Bila ditanya dia kata dia sembahyang tapi orang yang datang tak sembahyang”.  Sedikit sebanyak ada kebenarannya tapi apakah ini fakta yang cukup kukuh untuk diulas atau ianya untuk membuktikan betapa dangkal dan jahilnya beliau dalam menilai? Apakah perkara ini hanya berlaku dalam scene metal? Jika individu itu sememangnya seorang yang kuat bersolat, tiada alasan baginya untuk meninggalkan solat, sebaliknya jika seseorang itu sememangnya jenis yang tidak bersolat, jangan kata semasa gig, di rumah pun sudah tentu dia tidak bersolat. Jadi, mengapa mengaitkan gig kerana individu itu tidak bersolat??? Bukankah kenyataan itu hanya layak dikeluarkan oleh Sang Bodoh????


 Menurutnya lagi, ramai yang hadir setiap konsert (gig) terlibat dengan  Dadah, Arak dan Zina. Mengapa gig dan metal yang harus dipersalahkan? Ini semua adalah kesalahan yang dilakukan segelintir individu dan ianya bukan saja dalam scene metal, malah pekerja DBKL juga pernah akui ada terjumpa kondom di Stadium Merdeka selepas berakhirnya konsert Inul Daratista, penyanyi dari seberang. Apaka Inul penyanyi irama Black Metal??? Begitu juga selepas konsert Justin Bibir. Perkara yang sama juga dilaporkan Utusan Malaysia. Apakah mereka turut temui perkara yang sama di gig-gig underground sehingga mereka boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa? Kalau lah saya seorang penzina sekalipun, adalah mustahil saya melakukan perbuatan tersebut di dalam One Café semasa gig sedang berlangsung. Malu weh!!! Silap-silap saya pula dihentam beramai-ramai kerana “merosakkan” keadaan.  


Walau apa pun pendapat, komen serta penerangan kita atau sekeras mana sekalipun bangkangan kita terhadap mereka, sudah semestinya tiada langsung terkesan kepada mereka sebaliknya kita pula dikatakan sebagai PATRIOT BLACK METAL. Oleh itu, saya sebagai salah seorang peminat irama muzik berat, Black Metal amnya menyeru kepada kawan, teman serta rakan seperjuangan sekalian, jangan lagi kita membuang masa dengan mengunjungi blog, portal,website atau apa saja medium yang menghina minat kita hanya untuk melepaskan sepatah dua kata makian atau cercaan terhadap mereka. Itu semua kerja sia-sia dan membuang masa. Ini kerana seperti apa yang saya nyatakan pada perenggan di atas. Mereka dibiayai oleh organisasi yang sememangnya berkuasa untuk melakukan apa saja. Tiada terkesan walau sedikitpun wajah mereka dek ludahan kita yang kerdil ini. Adalah lebih baik kita focus pada apa perancangan kita selanjutnya terhadap band, zine, distro, productions atau apa saja usaha dan sumbangan kita untuk mengangkat scene metal tanahair kita.


Perkara ini hanya gimik dan propaganda yang mereka cipta untuk menutup kepincangan mereka. Persetankan dengan apa kata mereka. Jangan diperdulikan lagi mereka dan teruskan apa yang kita sedang usahakan untuk memajukan diri sendiri demi menaikkan nama scene kita. Kenapa saya kata ini semua hanya gimik dan propaganda mereka? Kita lihat pada isu rokok. Majlis fatwa kebangsaan telahpun sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa MEROKOK ITU ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM KERANA BUKAN SAJA MENDATANGKAN KEMUDARATAN TERHADAP DIRI SENDIRI,MALAH MASYSRAKAT AWAM JUGA. Tetapi, jika dihitung, berapa ramai pak Menteri, Mufti, Imam, Bilal atau Siak yang berhenti merokok setelah pengharaman rokok? Nah, boleh dilihat bahawa isu ini juga merupakan satu sendiwara mereka bukan? Walau siapa pun mereka, apa pun mereka dan bagaimana pun cara mereka, pasti mereka tidak berkemampuan untuk menyekat minat dan tuntutan jiwa kita terhadap muzik Metal. Kecanggihan dunia zaman sekarang membuatkan segalanya tak terbatas, hatta mereka menyekat kemasukan band-band luar ke Malaysia sekalipun, kita masih mampu untuk menyeberang sempadan untuk menyaksikan band-band tersebut beraksi. Walima mereka menyekat kemasukan stuf-stuf dari luar, iroinya, berjuta link-link yang boleh kita dapati di laman sesawang untuk kita download dan nikmati muzik yang kita gemari. Apa mereka boleh buat??? Dari itu, bermula sekarang, tak perlu kita mambuang masa mengusutkan pemikiran dalam melayan kerenah kera-kera dan khinzir-khinzir yang meloncat dihutan.biarkan mereka dengan keasyikan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sendiri. MAJULAH MUZIK METAL UNTUK NEGARA. HAHAHA    


blog rujukkan: BLACK METAL PEROSAK AKIDAH


Video MISTERI ALAM MELAYU episod 6
BAHAYA MUZIK GOTHIC DAN BLACK METAL



BACK

Powered by Create your own unique website with customizable templates.